Pada dasarnya
ahli akar umbi Pas di Kedah kali ini mahukan seorang pemimpinnya menjadi
pemimpin kanan dalam Pas setelah berjaya dalam usahanya merampas kerajaan
Kedah daripada BN. Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai
tanpa kewibawaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di
samping keberkatan naungan Ilahi.
YAB
Dato’ Seri Ustaz Azizan yang merupakan anak didik Almarhum Ustaz Fadzil
Noor adalah pimpinan pelapis yang diketengahkan oleh Almarhum untuk memimpin
PAS satu hari nanti.
YAB Dato’ Seri
Ustaz Azizan adalah pemimpin yang pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan. Beliau tidak lagi terikat dengan pakaian jubah dan serban sepanjang
masa. Sebaliknya cara berpakaiannya itu adalah bersesuaian dengan majlis
yang dihadirinya.
Selain itu hubungan
beliau dengan rakyat pelbagai kaum adalah begitu akrab sekali tanpa mengira
bangsa samada Melayu, Cina, India atau Siam. Sejak Kedah di bawah pentadbirannya,
beliau telah mentadbir dengan baik kepada rakyat kedah.
Kemenangan
Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau tempoh hari membuktikan
bahawa kewibawaan dan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan telah diterima
dengan baik oleh majoriti pengundi di Kedah.
Ianya juga telah
melonjakkan lagi nama YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan di mata rakyat Kedah
khususnya dan ahli-ahli Pas amnya.
Di samping itu,
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang boleh diterima
oleh semua golongan dalam Pas termasuk Ulama, Ustaz, profesional dan ahli
di peringkat grass root (akar umbi).
YAB Dato’ Seri
Ustaz Azizan juga pandai untuk menjadikan musuh politik iaitu Umno sebagai
rakan. Mana-mana jawatan atas tiket politik di negeri Kedah yang dilantik
oleh Umno sebelum jatuh tersungkur pada tahun lepas dikekalkan oleh beliau
tanpa membuang begitu sahaja sehinggalah kontrak mereka tamat.
Keadaan ini
telah menjadikan motto ‘Kedah sejahtera’ tercapai dalam masa yang singkat
sahaja kerana Kedah aman damai di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ustaz
Azizan.
Sekiranya sebuah
negeri yang besar seperti Kedah boleh ditadbir dengan baik oleh beliau,
tidak mustahil Pas dapat dipimpin dengan lebih baik lagi di bawah kepimpinan
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan.
Berikut adalah
profil YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak:
ASAL
Anak kelahiran
Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
Dilahirkan pada
tahun 1944
Ayahnya, Haji Abdul
Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah
seorang pejuang kemerdekaan menentang British
PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan
Sungai LimauMaktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965)
Universiti Al-AzharUniversity
Of Kent, Canterbury
KERJAYA
Tenaga pengajar
Maktab Mahmud, Alor Star (1966)
Ketua Jabatan Syariah,
UKM
Pensyarah pelawat
Mindanao State University, Filipina
Pensyarah UIAM
(1983-1984, 1986-1995)
PENGALAMAN ANTARABANGSA
Muktamar Al-Haj
anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)
Pembentangan Kertas
Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila
(1983)
Persidangan Gerakan
Islam Sedunia, Lubnan (2001)
Conference of South
East Asia Islamic Law, Manila
PENULISAN ANTARABANGSA
Dirasah Hawla At-Tashriq
Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina
Introduction To
Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural
Communities, Quezon City, Filipina, 1986
Syariah, Adat And
Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory
and Corporative Study, terbitan Southeast Asian Studies Program
Oleh:
Ahli Seumur
hidup Pas
No comments:
Post a Comment