Sunday, April 26, 2009

Idris: Saya boleh kerjasama dengan Ahmad

Idris: Saya boleh kerjasama dengan Ahmad


Muda Mohd Noor | Apr 25, 09 10:30pm



Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau boleh bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk kepentingan rakyat dan Umno negeri itu.

"Tiada masalah saya boleh bekerjasama dengan dia (Ahmad). Saya juga boleh berjumpa dengan beliau.

idris jusoh"Saya orang parti, saya tiada masalah, Dulu saya menteri besar, sekarang dia menteri besar pula.

"Setahu saya, saya satu-satunya bekas menteri besar yang menghadiri pelantikan menteri besar baru," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) Umno di pusat dagangan dunia putra (PWTC) di ibu negara petang semalam.

ahmad saidIdris berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan supaya Ahmad dan Idris berdamai demi rakyat dan parti.

Idris yang juga ADUN Jerteh turut menghadiri majlis pelantikan Ahmad sebagai sumpah di Istana Maziah tahun lalu.

Sokongan majoriti


Begitupun, Ahmad tidak mendapat sokongan majoiti di kalangan ADUN BN terutama di kalangan penyokong Idris.

Kemelut politik Terengganu berterusan sejak pelantikan Ahmad sebagai menteri besar menggantikan Idris selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Dalam sidang DUN awal minggu lalu 10 ADUN BN termasuk tiga yang menerima SMS ugutan tidak hadir sidang berkenaan.

Terengganu mempunyai 32 ADUN iaitu 18 ADUN BN manakala lapan ADUN PAS.

Mereka yang menerima SMS ugutan ialah Datuk Rosol Wahid (Ajil), Zakaria Ariffin (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri).

Mereka turut membuat laporan polis terhadap penyebaran SMS itu.

Baru-baru ini polis menahawan seorang lelaki di Bangi Selangor bagi membantu siasatan.

Friday, April 24, 2009

Sudah kedengaran agak lama desas - desus mengenai kedudukan Mohamad Hassan (MB Negeri Sembilan) yang tak berapa nak selamat. Ini kerana kononya dia adalah bekas orang Pak Lah dan dinaikkan oleh Khairy. Ini menurut sumber - orang Umno lah.

Namun beberapa hari lalu ada dipelawa sembang - sembang sambil dibelanja makan oleh seorang pemimpin Umno di Negeri Sembilan telah mengesahkan kemungkinan ini bakal berlaku wujud.

Mohammad Hassan bukanlah kuat dalam Umno Negeri Sembilan sebelum jadi MB dia tokoh korporat (menurut satu versi cerita lagi dia kawan baik dengan YB Azmin Ali). Dia naik konon atas lobi Khairy Jamaluddin. Setelah naik secara mengejut di Negeri Sembilan dia agak panik kerana tak tahu nak percaya siapa kerana pengaruh Isa Samad cukup kuat lagi. Maka dia telah mengambil abangnya Azman Hassan untuk menjadi Setiausaha Umno Negeri, Setiausaha Umno Rembau dan seterusnya penasihat dan tempat rujukanya. Abangnya yang jauh lebih berpengalaman dalam politik telah mengaturkan perbagai perkara untuknya. Malangnya kegahirahan Azman mengaturkan sehingga mencampuri beberapa urusan kerajaan mengundang rasa kurang senang orang - orang lama di Negeri Sembilan. Begitu juga keghairahan keluarga dan kerabat Hassan dan orang Rantau dalam meraih peluang dengan kerajaan negeri telah menjadikan label di pusat kerajaan anak beranak dan di Negeri Sembilan wujud kerajaan adik beradik.

Namun politik sentiasa bergerak dan berubah. Ada timbul beberapa ura - ura yang agak jelas kebelakangan ini bagaimana Mohamad dan juak - juaknya mula melahirkan rasa kurang senang dengan Khairy. Namun tidak secara terang, kerana itu Khairy masih dibiarkan menang pencalonan Pemuda Umno Rembau. Khairy tidak duduk diam tahu keadaan tidak selesa dia yang mampu menang dalam pemuda Umno langsung tidak menghulurkan tangan kepada Mohamad yang terkapai - kapai tidak cukup undi untuk calon MKT Umno.

cheGuBard ingatkan pertembungan senyap Khairy dan Mohamad akan menjamin tempat Mohamad selaku MB selamat kerana membuktikan kepada Najib dia bukan orang Abdullah.
Nampaknya tidak dari apa yang diterangkan oleh 'pemimpin Umno Negeri Sembilan' dalam pertemuan santai dan makan - makan beberapa hari lalu memang sesuatu sedang hendak berlaku.

Pada 16 April 2009, Azman Hassan (abang MB) telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha Umno Negeri Sembilan. Namun mengekalkan jawatan selaku Setiausaha Umno Rembau. Perletakan jawatan ini bagi mengurangkan tekanan kepada kerajaan adik beradik di Negeri ini.
YB Cikgu Hashim Rusdi, exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Labu dijangka akan mengisi kekosongan Setiausaha Perhubungan Negeri Sembilan.

Pengekalan Rais Yatim sebagai MB juga memeningkan lagi kepada Mohamad Hassan. Walaupun Isa Samad kalah dalam perebutan Naib, ia tidak melegakan Mohamad kerana Isa Samad cukup dikenali sebagai politikus yang licik dan berpengalaman.

Persoalannya cheGuBard cuba lontar kepada teman pimpinan Umno itu ialah siapa nak ganti Mohamad? Dia kata ada banyak tokoh antaranya ialah yang rapat dengan Najib kini ialah Hassan Malek.

Ditanya bukankah Hassan Malek bukan ADUN tetapi ahli Parlimen Kuala Pilah. Mereka kata mungkin akan berlaku pilihanraya kecil nanti. Sekarang mungkin tidak ada sebab sokongan terhadap Bn sedikit terganggu tetapi bila sokongan terhadap Bn di Negeri Sembilan diyakini kuat maka saat itulah Mohammad akan digantikan dengan Hassan Malek. Dengan kerusi Parlimen Kuala Pilah dikosongkan dan bertukar dengan ADUN dalam Kuala Pilah.

Cuma che'GuBard senyum, bukan apa takut sampai 3 pilihanraya nak jadikan Hassan Malek, Menteri Besar tak menang sebaliknya memang NS dapat MB baru tapi dari Pakatan Rakyat sebab dapat rampas 3 kerusi Bn.

Yang kedua dikalangan ADUN juga ada yang mula membina jambatan dengan Najib tak kurang yang mengintai ruang dengan Rosmah. YB Cikgu Hashim Rusdi juga dah mula cium tangan Najib dan Rosmah. Kata teman pimpinan Umno yang makan sama itu ialah Mohamad ni bukan cerdik sangat silap gaya dia ambil Cikgu Hashim ...akhirnya YB cikgu Hashim yang juga Ketua Umno Bahagian Rasah ini juga yang akan dipilih Najib menggantikanya..

Pada dasarnya
ahli akar umbi Pas di Kedah kali ini mahukan seorang pemimpinnya menjadi
pemimpin kanan dalam Pas setelah berjaya dalam usahanya merampas kerajaan
Kedah daripada BN. Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai
tanpa kewibawaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di
samping keberkatan naungan Ilahi.

YAB
Dato’ Seri Ustaz Azizan yang merupakan anak didik Almarhum Ustaz Fadzil
Noor adalah pimpinan pelapis yang diketengahkan oleh Almarhum untuk memimpin
PAS satu hari nanti.

YAB Dato’ Seri
Ustaz Azizan adalah pemimpin yang pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan. Beliau tidak lagi terikat dengan pakaian jubah dan serban sepanjang
masa. Sebaliknya cara berpakaiannya itu adalah bersesuaian dengan majlis
yang dihadirinya.

Selain itu hubungan
beliau dengan rakyat pelbagai kaum adalah begitu akrab sekali tanpa mengira
bangsa samada Melayu, Cina, India atau Siam. Sejak Kedah di bawah pentadbirannya,
beliau telah mentadbir dengan baik kepada rakyat kedah.

Kemenangan
Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau tempoh hari membuktikan
bahawa kewibawaan dan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan telah diterima
dengan baik oleh majoriti pengundi di Kedah.

Ianya juga telah
melonjakkan lagi nama YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan di mata rakyat Kedah
khususnya dan ahli-ahli Pas amnya.

Di samping itu,
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang boleh diterima
oleh semua golongan dalam Pas termasuk Ulama, Ustaz, profesional dan ahli
di peringkat grass root (akar umbi).

YAB Dato’ Seri
Ustaz Azizan juga pandai untuk menjadikan musuh politik iaitu Umno sebagai
rakan. Mana-mana jawatan atas tiket politik di negeri Kedah yang dilantik
oleh Umno sebelum jatuh tersungkur pada tahun lepas dikekalkan oleh beliau
tanpa membuang begitu sahaja sehinggalah kontrak mereka tamat.

Keadaan ini
telah menjadikan motto ‘Kedah sejahtera’ tercapai dalam masa yang singkat
sahaja kerana Kedah aman damai di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ustaz
Azizan.

Sekiranya sebuah
negeri yang besar seperti Kedah boleh ditadbir dengan baik oleh beliau,
tidak mustahil Pas dapat dipimpin dengan lebih baik lagi di bawah kepimpinan
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan.

Berikut adalah
profil YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak:

ASAL



  • Anak kelahiran
    Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah



  • Dilahirkan pada
    tahun 1944



  • Ayahnya, Haji Abdul
    Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah
    seorang pejuang kemerdekaan menentang British


PENDIDIKAN


  • Sekolah Kebangsaan
    Sungai LimauMaktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965)



  • Universiti Al-AzharUniversity
    Of Kent, Canterbury


KERJAYA


  • Tenaga pengajar
    Maktab Mahmud, Alor Star (1966)



  • Ketua Jabatan Syariah,
    UKM



  • Pensyarah pelawat
    Mindanao State University, Filipina



  • Pensyarah UIAM
    (1983-1984, 1986-1995)

PENGALAMAN ANTARABANGSA


  • Muktamar Al-Haj
    anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)



  • Pembentangan Kertas
    Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila
    (1983)



  • Persidangan Gerakan
    Islam Sedunia, Lubnan (2001)



  • Conference of South
    East Asia Islamic Law, Manila


PENULISAN ANTARABANGSA


  • Dirasah Hawla At-Tashriq
    Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina



  • Introduction To
    Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural
    Communities, Quezon City, Filipina, 1986



  • Syariah, Adat And
    Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory
    and Corporative Study, terbitan Southeast Asian Studies Program



Oleh:

Ahli Seumur
hidup Pas

Thursday, April 23, 2009



Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
Salmah Mat Husain
Wed Apr 22, 09 6:49:48 pm MYT

KOTA BHARU, 22 April (Hrkh) - Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.


Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN di Perak dengan harga lebih tinggi.

"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.

"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.

"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Kerajaan kudeta di Perak dilaporkan akan melelong 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat. Tender lelongan tersebut juga sudah dibuka.

Camry tersebut dibeli kerajaan Pakatan bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah lama digunakan kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui Perak Mac tahun lalu.

Pembelian dibuat memandangkan kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 sehingga mencecah RM80,000.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak menjelaskan BN akan mengkaji kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti kerana tidak mahu membazir.

"Kenyataan itu jelas satu 'double standard' kerana dalam masa yang sama kerajaan BN di Perak pula mahu melelong kereta yang baru dibeli.

"Sekarang mereka berfikir seakan-akan menggunakan law of jungle pula," ujarnya.

Beliau juga percaya kemuncak krisis politik di Perak akan berlaku 7 Mei ini apabila diadakan persidangan Dun Perak, yang tentunya akan berlaku sesuatu.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha berkata, tindakan kerajaan kudeta BN di Perak melelong kereta baru dibeli sebagai tindakan mundur ke belakang.

Menurutnya begitu rendah harga diri kerajaan BN di Perak kerana bukan sahaja dendam kepada Exco Pakatan Rakyat tetapi marah juga kepada kereta Camry.

"Lebih parah lagi kalau mereka mahu menukar kepada kereta Mercedes selepas Camry dilelong. Di Perak sekarang yang tidak betul dijadikan betul dan yang betul dikatakan tak betul," katanya.

Menurutnya juga rakyat tidak timbul soal kereta, sebaliknya menuntut Dun dibubarkan. - mj _



SPRM: Tak cukup bukti dakwa Fairus


Apr 23, 09 5:41pm



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan kepadanya," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai, lapor Bernama.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat Februari lalu dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Fairus sebagai timbalan ketua menteri I dan ADUN Penanti.

Menurut kenyataan itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan kuari di Pulau Pinang.

"Beliau hanya diberi tugas mengendalikan siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Fairus.

"Siasatan mendapati Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan TimbalanKetua Menteri II Pulau Pinang (P Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.

SPRM akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.

"Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterimapakai oleh lain-lain negeri dan kementerian," menurut kenyataan itu.
Selayang tidak merendahkan Nasha...


Abdul Rahim Sabri | Apr 23, 09 4:07pm



PAS kawasan Selayang hari ini menjelaskan mengapa pihaknya mencalonkan Nasharuddin Mat Isa - yang kini timbalan presiden PAS - untuk hanya bertanding jawatan naib presiden.

Yang Dipertuanya, Mohamad Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak berniat untuk merendah-rendahkan kewibawaan Nasharuddin sebagai timbalan presiden parti.

parliament 2008 first day 280408 nasharuddin"Jangan bersangka, menolak Nasharuddin kerana ingin mengurangkan kewibawaannya.

"(Tetapi) ahli-ahli nak ketengahkan Datuk Dr Haron Din (timbalan mursyidul am PAS) dalam pentadbiran PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam mesyuarat agungnya hujung minggu lalu, PAS Selayang mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden dan mencalonkan Dr Haron sebagai timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Husam Musa pula dicalonkan untuk mengekalkan jawatannya serta mencalonkan ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk jawatan yang sama.

Pemilihan calon-calon berkenaan dijalan secara undian angkat tangan oleh kira-kira 300 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung kawasan tersebut.

Keputusan majoriti

Menurut Mohamad, Nasharuddin mendapat undi ketiga terbanyak selepas Husam dan Nizar.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pencalonan Dr Haron bagi jawatan timbalan presiden merupakan keputusan majoriti perwakilan.

pas muktamar 2008 harun dinKatanya, secara peribadi, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Haron (foto) tersebut.

Ini kerana, katanya, beliau sudah menjadi timbalan mursyidul am dan boleh memangku tugas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mursyidul am PAS itu berada di luar negeri.

"Masing-masing (perwakilan) ada pendirian, ada sokongan dengan mengangkat tangan. Tak ada usaha langsung untuk merendah-rendahkan wibawa Nasharuddin," tegas Mohamad.

PAS Selangor mempunyai 22 kawasan. Difahamkan beberapa kawasan PAS di Selangor telah mengadakan mesyuarat hujung minggu lalu, termasuk Shah Alam, Kota Raja, Kelana jaya, Subang dan Kelang.

Setakat semalam, selain Dr Haron, beberapa lagi tokoh PAS dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden, antaranya dua naib presidennya, Husam dan Mohamad Sabu serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Nasharuddin juga mendapat pencalonan untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya sekarang.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Mohamad telah mengisytihar kesediaannya untuk bertanding jawatan tersebut, manakala Husam pula masih belum membuat keputusan.